CTNJ Sunnah Farm merupakan sebuah syarikat yang
berteraskan bekalan sumber ternakan. Pada awalnya aktiviti penternakan ini
dijalankan oleh Dato’ Jalal Bin Ibrahim secara kecilan-kecilan bagi mengisi
peluang dan masa lapang yang dijalankan secara individu. Dengan bermodalkan
sekitar RM25,000 pengusaha membeli 6 ekor ternakan lembu baka chalorois yang dibeli
daripada Negeri Kelantan dan 8 ekor ternakan kambing baka boer. Setelah 6 bulan bergelumang dalam bidang penternakan dan melihat keperluan dan peluang
yang besar dalam bidang ternakan memangkin semangat pengusaha untuk
meningkatkan jumlah ternakan. Pada tahun 2021 pengusaha telah meningkatkan
jumlah ternakan kepada 20 ekor ternakan lembu pedaging dan 30 ekor ternakan
kambing pedaging baka boer.

Pada bulan Jun 2023 pengusaha telah menaiktaraf aktiviti kepada
pembekal daging segar dengan membina Pusat Kebenaran Sembelihan Sementara yang
diluluskan oleh Jabatan Perkhidmata Veterinar Negeri Johor atas nama CTNJ Sunnah
Farm. Kini syarikat telah mengorak langkah dengan memperluaskan aktiviti dengan
memperolehi sumber bekalan luar dari luar bagi menampung permintaan sedia ada.
Kini CTNJ Sunnah Farm boleh membekalkan daging bukan sahaja pada penduduk
setempat namun membekalkan sumber daging diluar kawasan daerah dan negeri.
CTNJ Sunnah Farm
No. 727, Lorong Ahmad, Jalan Tok Raja 2,
Termiang Tanjung,
84000, Muar
Johor.
No. Tel : 017-7251135