PENDAHULUAN CTNJ SUNNAH FARM

By July 01, 2023

 


CTNJ Sunnah Farm merupakan sebuah syarikat yang berteraskan bekalan sumber ternakan. Pada awalnya aktiviti penternakan ini dijalankan oleh Dato’ Jalal Bin Ibrahim secara kecilan-kecilan bagi mengisi peluang dan masa lapang yang dijalankan secara individu. Dengan bermodalkan sekitar RM25,000 pengusaha membeli 6 ekor ternakan lembu baka chalorois yang dibeli daripada Negeri Kelantan dan 8 ekor ternakan kambing baka  boer. Setelah 6 bulan bergelumang dalam bidang  penternakan dan melihat keperluan dan peluang yang besar dalam bidang ternakan memangkin semangat pengusaha untuk meningkatkan jumlah ternakan. Pada tahun 2021 pengusaha telah meningkatkan jumlah ternakan kepada 20 ekor ternakan lembu pedaging dan 30 ekor ternakan kambing pedaging baka boer. 

Pada bulan Jun 2023 pengusaha telah menaiktaraf aktiviti kepada pembekal daging segar dengan membina Pusat Kebenaran Sembelihan Sementara yang diluluskan oleh Jabatan Perkhidmata Veterinar Negeri Johor atas nama CTNJ Sunnah Farm. Kini syarikat telah mengorak langkah dengan memperluaskan aktiviti dengan memperolehi sumber bekalan luar dari luar bagi menampung permintaan sedia ada. Kini CTNJ Sunnah Farm boleh membekalkan daging bukan sahaja pada penduduk setempat namun membekalkan sumber daging diluar kawasan daerah dan negeri.

 

CTNJ Sunnah Farm

No. 727, Lorong Ahmad, Jalan Tok Raja 2,

Termiang Tanjung,

84000, Muar

Johor.

 No. Tel : 017-7251135


You Might Also Like

0 comments